Semalam ibu beritahu aku satu rahsia yg xpernah aku ketahui sejak lahir...sebaik sahaja ibu habis cerita, aku jadi sebak...aku dah pn berumur 26 tahun lebih...dan baru hari ni aku tahu tentang perkara ni...
Semua bermula bila aku dan ibu bercerita tentang masalah bersalin kwn2 dan saudara mara yg kami kenal...tiba2 ibu bercerita bagaimana ibu melahirkan aku...kelahiranku disambut oleh jururawat pelatih...dan jururawat tu dah buat satu kesilapan...iaitu membiarkan uri tertinggal dlm perut ibu...bila ibu ckp, boleh mati kalau uri tertinggal dalam perut, aku jd sebak...sampai begitu skali kelahiran ku membahayakan nyawa ibu??? aku tersentuh....kemudian bila doktor tahu yg uri tertinggal dlm perut ibu, doktor usahakan smpi uri tu keluar...kesian ibu...cara ibu cerita mcm sakit sgt, dan xdpt nk dilupakan...dahlah tu pengalaman first ibu melahirkan anak...Subhanallah...Maha Suci Allah...
Sekarang aku fikir2 semula dosa2 aku pd ibu...aku sedih sangat...ibu bersabung nyawa masa melahirkan aku...mmg xptt kalau aku melukakan hatinya walau sedikit pn...Malam ni aku betul2 insaf dan terfikirkan perkara ni...um, makin lama taip, aku makin sedih...makin byk air mata nih...huhu...
Semoga aku akan jadi anak yg terbaik untuk ibu...semoga aku xkn melukakan hatinya, walau sebesar zarah pn lepas ni....semoga ibu bahagia dan bersyukur kerana telah melahirkan aku...Amin...I Love You, IBU!
No comments:
Post a Comment