Salam kepada yg membaca entry ni.
Semalam sy berbual2 dgn my syg. Tiba2 hari ni hati tergerak untuk google tentang tajuk entry ni.
Alhamdulillah...kdg2 sy sebagai manusia ni tak lepas dari sifat lalai.
Hanya fikir kebahagiaan diri dan dunia. Tp kdg2 kita tersedar tentang apa yg kita lalui ini di mana nawaitu nya?
Sy terbaca satu artikel yg sy dpt dr google :
"Cinta kerana Allah merupakan perbuatan apabila Anda mencintai seseorang dengan niat menjadikan cinta Anda kepadanya satu ibadah buat Anda. Anda mencintai dia sehabis baik, berusaha membahagiakan dirinya supaya moga dengan itu Allah memberi pahala atas perbuatan Anda. Moga dari perbuatan Anda itu, hidup Anda dilimpahi cahaya rahmah, membawa masuk sinar keberkatan ke dalam rumah tangga yang Anda bina. Inilah yang kami maksudkan dengan cinta kerana Allah.
Cinta kerana Allah diisi dengan cahaya ibadah. Anda dan si dia bersama-sama melaksanakan ibadah dengan niat menjaga hubungan dnegan Allah juga untuk meningkatkan takwa. Alangkah baiknya dapat menikmati kebahagiaan bercinta dengan membaca Al-Quran bersama-sama, ke masjid bersama-sama, bernikah sebagai ibadah kepada Allah, saling bahagia-membahagiakan sebagai ibadah kepada Allah. Sebaik-baik cara untuk bercinta adalah cinta yang disandarkan kepada Allah."
Hati ni tersentuh sebaik sahaja selesai baca the whole article. Betul. Kdg2 kita tak sedar mcm mana perasaan cinta itu boleh hadir. Tp sy bersyukur sgt2 sbb apa yg dikatakan dlm artikel ni byk yg berkait dgn diri sy. Bila sebut psl cinta, kita cuma terbyg tentang hal berkasih-kasihan, ambil berat, berjanji setia, ingin bahagia...tp kdg2 bila terlalu asyik, buat kita lupa dgn cinta hati kita yg satu itu, iaitu Allah swt.
Bercinta kerana Allah itu sgt indah. Kita rasa ikhlas dlm apa juga perasaan kita terhadap org itu, kita jalani rasa menyayangi itu sebagai satu ibadah...seperti menyayangi makhluk2 Allah yg lainnya.
Mula2 masa bercinta dgn my syg, sy tak sedar dan tak fikir sgt tentang hal ni. Yang sy tahu, sy btul2 jatuh cinta dan ikhlas sygkannya. Tp lama kelamaan, mcm yg disebut dlm artikel ni, sy rasa alangkah sweet dan bestnye kalau dia dpt imamkan sy solat setiap hari...dan dia dpt beri tunjuk ajar bila mengaji bersama...dan dpt dgr nasihatnya siang dan malam. Seriously rasa syahdu bila fikirkan semua tu. Sy bersyukur sgt2 sbb dikurniakan teman istimewa yg mempunyai kelebihan...tahu hukum hakam agama...yg sy yakin dpt memimpin sy hingga ke akhirnya, insyaAllah.
Cinta kerana Allah itu indah. Mcm lagu Maher Zain "For The Rest Of My Life" yg mempunyai lirik yg sgt meaningful and sweet. Semoga Allah meredhai dan memberkati perasaan cinta yg sy terhadapnya...dan memudahkan perjalanan cinta kami. Kerana semua perasaan dan keindahan yg dirasa sekarang ini dtgnya dari Allah swt. Dia telah memberikan kita yg terbaik dan sesungguhnya kita harus bersyukur sentiasa. Rasa tenang bila dpt tulis semua ni. :) Sy always berdoa agar kebahagiaan ini akan terus kekal dan dipermudahkan olehNya. To my sayang, I LOVE YOU SO MUCH. Hanya Allah yg tahu betapa dlmnya syg sy pd awk...:)
Syukur...syukur ya Allah.
| ~ InsyaAllah :) ~ |
No comments:
Post a Comment