Friday, August 26, 2011

:: My Trifle and Muffins! :) ::

~ My Gorgeous Trifle :) ~



(Untuk 6 - 8 orang)
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu besar gula
  • 4 sudu besar tepung custard
  • 1 mangkuk air (untuk dicampurkan dengan tepung custard)
  • 1 biji kek gulung sederhana saiznya
  • 1 tin buah-buahan campur (asingkan air dan buahnya)
  • 1 peket agar-agar jeli kristal Nona
  • 1 mangkuk air panas 
Cara -cara : 

1. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api. 
2. Bancuh tepung custard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan custard pekat. Tutup api.
3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin. 
4. Masukkan buah-buahan tin hingga habis. 
5. Tuangkan bancuhan custard ke atas susunan buah-buahan tadi.
6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati. 
7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas custard. Jika mahu, boleh hias letak potongan nenas, strawberry atau apa-apa buah untuk topping dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan. 
    ~ HAPPY TRIFLING! ~ :)

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


    ~ My Cute Chocolate Muffins :) ~


    Before masuk dalam oven...:)

    After 25mins...:)
    • 200g coklat masakan
    • 70g mentega
    • 2 biji telur
    • 50g gula halus
    • 60g tepung gandum
    • 1 sudu kecil baking powder 

    Cara -cara :

    1. Cairkan coklat dengan kaedah 'double-boiling'.
    2. Kemudian masukkan mentega ke dalam coklat. Kacau sehingga mentega cair. Boleh panaskan oven pada suhu 180 C.
    3. Dalam bekas lain, kacau telur dan gula sehingga sebati.
    4. Masukkan cmpuran telur tadi kedalam coklat. Kacau hingga sebati.
    5. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam coklat. Kacau hingga sebati.
    6. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. 
    7. Boleh letak nice things for topping...choc chips pun boleh...:)
    8. Bakar selama 20 minit. 
    ** Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit (sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak perlu bakar semula. :)

    ~ ada juga choc muffin recipe yg guna serbuk koko, instead of baking chocs...nanti I dah try yg tu I upload k...nanti I upload Blueberry Cheese Tarts and also Red Velvet yg baru nk try mlm ni kot...*wink2* ;) ~ 





    ~ Rasa Chocolate sgt2 rich! SEDAP TAU...JGN TAK CUBA! :) ~


    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


     ~ My Sexy Red Velvet :) ~


    Cute kn? Hihi. Suke tgk...makan byk2 kang naik badan...ish2...:)
    Before they get into the oven...:)
    Red Velvet is done! :)

    Bahan - bahan :

    Cake :

    250g tepung gndum
    1 sudu kcil garam
    2 sudu bsr serbuk koko
    125g butter
    1 1/2 cwn gula
    2 biji telur
    1 sudu kcil esen vanilla
    1 cwn susu segar ( dicampur dgn perahan 1 sudu lemon & dibiarkan 5 mins )
    2 sudu bsr pewarna merah
    1 sudu kcil cuka
    1 sudu kcil baking soda

    Topping :
    250g cream cheese
    30g butter
    1 sudu kecil perahan lemon
    1 sudu besar esen vanilla
    1 sudu besar susu segar

    Cara buat cake :
    1. Ayak tepung, garam & serbuk koko - ketepikan
    2. Pukul butter hingga lembut (1-2min). Tambah gula & pukul hingga ringan (2-3 min)
    3. Masukkan telur satu persatu & tambah esen vanilla. Pukul semula hingga sebati.
    4. Masukkan susu, pukul dgn kelajuan sederhana & masukkan bhn tepung, garam & serbuk koko yg telah diayak.
    5. Masukkan pewarna merah.
    6. Dlm mangkuk kecil, cmpurkn bahan cuka & baking soda (biarkan berbuih & tuang ke dlm adunan kek). Kacau sebati guna senduk
    7. Bakar 170•C
    8. Sejukkan & hias

    Topping:
    1. Pukul cream cheese & butter hingga lmbut & gebu.
    2. Campurkan perahan lemon & esen vanilla & gula ising
    3. Hiaskan

    * lemon boleh gnti dgn limau nipis/ kasturi.
    * merah2 atas topping tu cake yg dah dihancurkan ya! :)

    ~ Cakenya sgt gebu! You should try! :) ~




    No comments:

    Post a Comment