Kesabaran adalah kata yang indah dan mudah diucapkan, tapi ternyata tidak banyak orang yang mampu melakukannya. Dan darjat kesabaran inilah sesungguhnya yang membezakan hidup orang yang berjaya dengan orang gagal dalam kehidupannya.
“Orang yang berjaya adalah orang yang terus mencuba, meskipun telah mengalami banyak kegagalan. Ia memandang kehidupan sebagai peluang untuk mencapai kejayaan.”
~ I love the statements above. Memang kesabaran itu sukar dipraktikkan, walaupun mulut berkata bahawa kita sabar. Tapi sedikit sebanyak, kesabaran inilah yang mengajar kita untuk menjadi cekal. Cekal hati, cekal semangat. Kita tak pernah tahu bila dugaan itu akan datang melanda. Kita tak pernah tahu sebanyak mana kesabaran yang kita perlukan. Sampailah waktu dan ketikanya Allah memberi kita dugaan. Kadang2 hati kita selalu merintih, kadang2 mempersoalkan kewajaran dugaan yang menimpa. Tapi, percayalah, bahawa apa juga yang Allah rencanakan untuk kita sememangnya yang terbaik dan ada hikmah yang menanti. Ada seorang rakan pernah berkata, "Manusia sering menyalahkan takdir, kerana dia mahukan hikmah itu datang sehari selepas mendapat ujian dari Allah. Dan sememangnya hikmah itu Allah tidak janjikan akan hadir secepat pelangi yang keluar selepas hujan reda." Benar. Benar apa yg dikatakannya. Ini kerana Allah ingin melihat sejauh mana kesabaran dan kekuatan kita. Sekuat mana iman kita dalam menempuhi ujian-Nya. Dan saya memang selalu percaya dan yakin, Allah akan memberikan ganjaran sewajarnya dari kesabaran yang kita kumpul dari sehari ke sehari. Setiap perkara baik yg kita lakukan dgn ikhlas di dunia ini pasti ada balasannya. Jika bukan di dunia, InsyaAllah di akhirat kelak. Memang benar, sabar itu indah. Sangat indah. Hati ni sgt tenang bila kesabaran penuh dalam jiwa. Sy mula belajar sabar dalam semua perkara. Termasuklah merealisasikan impian2 sy sekarang. Tiada usaha yg Allah tak akan balas dengan kejayaan. Walaupun secara perlahan, berusahalah. Walaupun payah, berusahalah. Kuatkan azam, kuatkan tekad. Senyum selalu. Berikan yang terbaik pada org yg memerlukan. Tenangkan hati dan jiwa. Jauhi diri dari perasaan dan sifat yg kotor lagi keji. Dengan doa yang tak pernah putus, InsyaAllah, kasih sayang Allah tak akan pernah putus untuk kita, hambaNya...~
saya suka ayat ini..
ReplyDeletetoce2...love u babe! :)
ReplyDelete