Wednesday, May 16, 2012

:: Macam2 Ragam ::


Assalamualaikum. Entry ni xde kaitan dgn sesiapa yg khusus, just nk share something yg sy always lihat kat sekeliling sy nih.
Dari dulu isu ni dah pernah jadi kot. Tp kali ni jadi lg rsenye. 
Ini tentang kejujuran dlm hubungan. (bkn nk cte psl hubungan cinta) :)
Betul lah org kata, lidah dan wajah tak melambangkan hati. 
Ada org yg senyum selalu dgn kita, ada org yg ramah mesra dgn kita, tp adakah kita pasti bahawa mereka benar2 ikhlas atau pn hanya manis di luar, tp memendam perasaan benci, hasad dan menyampah dlm diri?
Mmg xbaik buruk sangka pd org...lebih2 lagi org yg baik pd kita. Nabi Muhammad SAW juga benci org yg buruk sangka pd org lain. Arwah tok ayah sy pn slalu berpesan jgn buruk sangka pd org.
Sy pegang kata2 tu, walau hati sy terdetik kdg2 tentang hal ni, tp sy buang prasaan was2 tu jauh2. Pada sy, sama ada org itu benar2 baik pd sy atau tidak, Allah lebih mengetahui, dan satu hari nanti Dia akan tunjukkan juga.
Dan mmg Dia tunjukkan juga sooner or later. Someone's true colours.
Mmg unpredictable. Kdg2 org tak boleh tgk org lain bahagia. 
Kdg2 org sakit hati tgk org lain gembira.
Kdg2 org bantu org dengan ikhlas (katanya) tp mengungkit di kemudian hari. Ikhlaskah itu? Subhanallah.
Tapi sy anggap semua tu pengalaman hidup. Kalau asyik kenal dgn semua org yg baik mcm malaikat pn xde pengalaman hidup juge kn...Sy redha dgn ketentuanNya. 
Ya Allah, jauhkanlah sy dari org yg bermuka2 dan tidak ikhlas di sisi sy. Amin.

Tak lupa juga pada org yg mempunyai 2 personaliti, walhal dari luarannya nampak normal dan okay.
Mcm sekejap jd devil, skejap jd angel. Skejap ckp perkara kotor, lucah, skejap menyebut2 nama Allah swt. Skejap membuat riak kesian, skejap mcm 'Ada aku kesah?'. Haiiii...mcm2lah. Tp, sy perhatikan mereka ni. Kdg2, bkn kehendak diri jadi mcm ni...tp tekanan perasaan, keinginan hati yg tak dpt dipenuhi dan perasaan riak yg buatkan diri mereka jadi mcm ni. Org ada A, aku pn ada A juga, tp A aku lg hebat. Org buat B, aku pn buat B juga, tp aku lebih hebat. Org happy, aku pn happy juga in my own way.
Sy tak kata sy ni baik, smpai suka nk judge org. Tp sy sekadar memberi pandangan kepada apa yg sy lihat & tempuhi sepanjang hari. 
Sy dah mula belajar utk tidak percaya pd semua kata2 org.
Sy dah mula belajar berhati2 dlm memilih kwn.
Sy dah mula belajar utk tidak membabitkan diri dlm masalah org lain.

Semoga Allah memberikan kita hidayah & membawa kita bersama ke jalanNya yg benar.
Sesungguhnya saling memusuhi, iri hati dan menyakiti sesama insan itu adalah dosa.
Sama2 kita bermuhasabah. InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment