Sunday, May 20, 2012

:: Makna Sebuah Kejujuran ::

Assalamualaikum...
Wah! Tajuk entry da mcm tajuk novel ni..hehe..:)
Sekadar something yg terlintas di fikiran. Rasa nak tulis sesuatu kat cni, tentang perkara yg selalu menjadi hot topic dlm hubungan iaitu : Kejujuran.
Walaupun dgr mcm benda yg common and terlalu biasa, tp kadangkala kita tak sedar bahawa inilah elemen yg paling penting sekali dlm menjaga hubungan. Baik hubungan dgn insan teristimewa, ibu bapa, guru atau rakan. Tapi bila kita ketengahkan tentang kejujuran ni, mesti org akan terfikir tentang hubungan kekasih & suami isteri saje. Maybe betul lah...dalam umur mcm ni kita byk fokus pada kejujuran bersama pasangan masing2.

Kejujuran ni nmpak mcm simple. Perkataannya pn simple. Tp inilah perkara paling sukar utk dijaga. Contohnya kalau mood kita tak baik dan pasangan kita ajak kita ke rumah kawannya, mungkin kita akan beri mcm2 alasan. Kalau alasan itu benar takpelah. Kalau tak, maknanya kita dah tak jujur. Itu pendapat sy. So, mmg susah nk jujur 100% dgn siapa pn. 
Tapi, kadangkala kita tak sedar yg kejujuran ni jugelah yg jadi akar dan asas pd keharmoniaan dan kebahagiaan sesuatu hubungan tu. Bila dua2 jujur, dua2 tak menipu, maka hubungan tu terus akan kekal dan bahagia. Ada org tak setuju utk terlalu jujur. Katanya kalau terlalu jujur pn kdg2 boleh jd gaduh. Tp tengoklah juga situasi dan masalahnya. Yg pasti tak pernah ada org yg retak hubungannya kerana dia jujur. 
Best bila kita jujur dan pasangan kita pn sama. Kita tak akan rasa hubungan tu membuat kita stress. Kita tak akan rasa curiga tak tentu hala. Dan kita sentiasa akan rasa senang dan bahagia. 
Zaman sekarang ni kita tak boleh kata lelaki je yg curang...yg xjujur...yang khianat. Kdg2 ada juga perempuan yg tak berhati perut dan melakukan hal yg sama. Satu jelah title yg sy nk bagi pd golongan2 ni : TAK KENANG BUDI. Seriously. Bila dah ada someone yg syg kita separuh mati, risaukan kita lebih dari dia risaukan diri dia sendiri, makan ingat kita, tgk tv ingat kita, WAJAR ke kita buat sesuatu yg kita tahu akan hancurkan hati dia? Sukar nk sy tafsir hal ni. Tp itulah yg kita akan fikir bila berlaku hal yg mcm ni. Boleh nk pasang 2, 3, 4 atau 10. Tp jujurlah dulu. Bagitahu pasangan kita tu yg kita ni ada hati nk ngorat org lain, nk rasa kasih syg org lain pulak. Kalau dia izinkan, ha, pastu buatlah apa pn. Ini kalau buat kt belakang dia, mmg jenis tak kenang budi senang cite :) Tapi ada ke org yg nk ckp dulu baru buat? So one in a million kn? :)
Mmg susah nk jaga hati perempuan. Tp lg susah nk pulihkannya sbenarnya. Kalau dah sekali terluka, maybe dia akan ckp "Sy maafkan awk" tp kekecewaan, kelukaan dan kenangan pahit tu takkan sekali hilang dari ingatan. 
Apa salahnya berlaku jujur dgn org yg kita sayang? Apa salahnya menjaga hati org yg tak pernah jemu menjaga hati kita? Setiap apa yg kita buat mmg ada kesannya. Utk jaga hubungan, buatlah sesuatu yg tak menyakiti pasangan, tolak ansur, wujudkan persefahaman dan ceria selalu.

Maybe bila kita xjujur & tipu hidung kita tak jd
mcm Pinnocchio.
Tp Allah Maha Mengetahui :)

Ini cuma luahan hati sy je. Suka tulis berdasarkan pengalaman dan utk peringatan diri sendiri. 
Semoga Allah memberkati hubungan setiap pasangan yg ikhlas dan jujur. Amin.

No comments:

Post a Comment